♥ Silent Blogger ♥

★ ★ ★ ★ ★
Friday 22 February 2013 11:26 pm 0 Comment Laa ♥

As salam uolss..Jom terjah entry saya.. ~

  Al-kisah sekeping hati 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh..

Sob..sob..sob...menahan air mata daripada gugur adalah sesuatu perkara yang bukan mudah... makin lama ditahan..makin berguguran ia jatuh berlinangan..sungguh..hati ini terusik hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..kisah sadis yang menimpa diri membawa jiwa jauh jauh dan jauh untuk mencari ketenangan hati...tiada siapa yang melihat malah jauh sekali memahami melainkan Yang Maha Esa.. sungguh mulia diri-Mu Ya Allah.. saat hamba-Mu ditimpa kesedihan..hanya ALLAH SWT yang menemani hati dan jiwa ini..sungguh tenang tatkala mendengarkan setiap kalimah-kalimah tauhid yang kedengaran di gegendang telinga ini.. subhanallah...merdu benar...ini lah penawar hati yang gundah.. ~

Tatkali diri ini dalam kesusahan..kesedihan mahupun kekecewaan..hanya Allah yang diperlukan untuk mengembalikan semula semangat dan keyakinan diri agar terus bangkit dari terusan jatuh dek kerana ujian dan dugaan yang Allah beri..memang benar diri ini terlalu lemah..diri ini lemah tatkala diuji dengan ujian Allah..diri ini lemah kerana diri ini tidak sempurna..terlalu banyak kekurangan diri yang tampak jelas dimata...sukar benar untuk padamkan dari mata itu.. Ya Allah.. ~

Sungguh...aku terpana tatkala diri ini dipersalahkan atas sesuatu perkara yang diri ini tidak bermaksud seperti yang diperkatakan...Ya Allah..jika ini benar ujian dan dugaan dari-Mu..aku mohon..kuatkan aku yang lemah ini Ya Allah...kembalikan hati dan jiwa ini agar tetap teguh seperti sedia kala..yang apabila diuji dan diduga..aku kuat dan mampu bertahan Ya Allah.. ~

Ya Allah..memang bukan mudah untuk aku terima..namun aku cuba untuk sentiasa menjadi hamba-Mu yang sabar, bersyukur dan juga redha dengan setiap ujian dan dugaan yang kau utuskan.. sesungguhnya, aku bergantung sepenuhnya pada-Mu Ya Allah..berat benar hati ini untuk kembali melangkah ke sana..namun aku tak mampu menolak ketentuan-Mu..aku telah ditakdirkan untuk berada disana dan menuntut ilmu.. aku akan berjuang menuntut ilmu hingga nafas aku yang terakhir.. In Shaa Allah.. berikan la yang terbaik dalam hidupku Ya Allah.. Aamiin Ya Allah.. ~

Sekali lagi, hati ini  berasa sangat sebak..tatkala mengingat tiap baris kata-kata itu.. Ya Allah.. salahkan aku..salahkan aku dalam ukhwah yang dijalinkan selama ini ? Ya Allah..salahkan aku kerana terlalu rapat dengan insan yang sangat memahami diri ini ? salahkan aku Ya Allah...sebak hati ini tatkala dipersalahkan dengan perkara yang langsung tidak terlintas dihati dan fikiran aku untuk perkatakan dan lakukan..sungguh aku sebak Ya Allah..... kesedihan hati ini sangat sukar untuk aku bendung lagi.... aku terpaksa membiarkan ia terusan berlinangan....aku lemah Ya Allah..dan sedang mencuba mencari kekuatan diri...In shaa Allah... ~

Apabila berbicara tentang hati..diri ini berasa amat-amat sebak...tidak semua yang bijak untuk menghargai sekeping hati kurniaan Allah ini..hati yang dimiliki ibarat kaca yang jatuh berderai tatkala diperkotak katikan tentang sesuatu perkara yang menguris hati..bukan mudah untuk diterima.namun hati tetap berkata..REDHA.. sungguh, aku cuba mencari identiti sebenar diri aku pada Allah.. mendekatkan hati dengan penuh hikmah pada Allah bagi merawat kekosongan jiwa dek kerana terlalu berduka cita..~

Sekeping hati yang terguris bagaikan daun-daunan yang berguguran disapu angin lalu... biarkan ia berlalu dibawa angin lalu...pergilah dan terus pergi jangan kembalikan lagi kekecewaan dan kesedihan hati itu lagi Ya Allah.. aku ingin belajar redha atas sebuah ketentuan..aku ingin belajar untuk menerima Qada dan Qadar yang Allah telah tentukan... aku ingin menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dengan suruh-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.. :) ~

* Belajar dari setiap yang berlaku bakal mematangkan lagi minda ini.. In shaa Allah.. mudah-mudahan segala urusan akan sentiasa dipermudahkan Allah.. In shaa Allah.. ;)

Ya Allah, ku rindu pada-Mu !!!




Terima Kasih daun keladi, lain kali singgah laa baca story morry lagi.. ~
The Big Boss



As Salam n hello Chingu,
I'm Yaya ANS, 25 March 1993 ,
Sweet 20 n from Taiping, Perak..
Berusaha, Berjaya dan terus berbahagia
bersama impian dan cita-cita diri ini !

Find Us :

♥ Maaf, Saya sedang busy dengan tugas baharu sbg seorg pekerja yg ohsem ! Tinggalkan Note di Chat yea hihi ♥ !! ~

Let's Talk !









Appreciation


The Skin By : Mrs Af
Edited : Yaya ANS
Best Partner: Sue Suhada
Best Partner: Eyja Joe
Best Partner: Sue Suhada 2
Best Partner: Syafinah
Best Partner: Nisa

All rights reserved ® SITI ROHAYA FITRI.