♥ Silent Blogger ♥

★ ★ ★ ★ ★
Saturday 2 March 2013 1:11 am 0 Comment Laa ♥

As salam uolss..Jom terjah entry saya.. ~

  Kesadisan perjalananku 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh..

Terhidang mata ini dengan pelbagai rencana kehidupan yang serba serbi goyah dengan keasyikan dunia yang fana...terasa bagaikan dipukau seketika tatkala mata ini melihat seekor makhluk ALLAH SWT yang digelar kucing yang pada zahir keadaannya begitu sadis lagi menyayat hati...minda ini mula berfikir..apa laaa nasib seekor kucing yang terbiar dan dengan penuh kesengsaraan menanggung sakit yang ada pada diri....kasihan dia.. ! ~

Keasyikan mata ini melihat dia merayau-rayau sekitar perhentian bas Ipoh...fikiran ne ligat memikirkan pula nasib diri andai berada ditempat dia... aduhai payahnya...yaaa..dia memang hanya seekor kucing yang pada mata kasar kita...alahhhh dia binatang... pandai-pandai lahh... itu la ini laa kita kata.. sedangkan bila kita melihat dia..merenung dia dalam-dalam.. dan andai juga kita memandang dia dengan mata hati... mungkin sifat perikemanusiaan n belas kasihan itu pasti wujud.... ! ~

Dia memang seekor kucing...hari ne dia membuka mata hati saya agar berfikir sejenak keadaan yang sepatutnya saya fikirkan..bukankah dia juga dihidupkan dan bakal dimatikan ? bukankah kita jua begitu ? namun, perjalanan diantara dia dan saya sangat berbeza... saya harus melalui pelbagai peringkat yang ternyata sukar dibayangkan oleh minda... apa yang paling penting adalah.. dimanakah pengakhiran hidup saya??? Syurga yang hakiki atau neraka yang abadi yang bakal saya diami ?? MasyaALLAH...  !!! ! ~

Tatkala sampai ke destinasi yang dituju pula.. sekali lagi Allah membuka Mata Hati ini untuk melihat kesusahan dan kepayahan seorang yang layak digelar nenek.. MasyaAllah.. diusia yang senja sebegini layakkah dia dibiarkan dikaki-kaki lima ?? merayau-rayau dan meminta RM1 ?? Tiada anakkah ?? tiada yang mahu menjaganyakah ?? semuanya bermain dalam minda ini.. subhanallah.. sungguh, hati dan mata ini bagaikan dibuka seluas-luasnya untuk melihat segala yang didepan mata sebentar tadi.. ! ~

Sangat menyayat hati...tatkala mendengan reaksi si nenek tadi menyatakan bahawa dia tiada tempat bergantung..malah tiada rumah ! dimanakah anak-anaknya ?? ermmm..sangat hiba melihat dia ke sana ke sini bagaikan tiada arah tuju...dia ada mengatakan bahawa rumah yang pernah dia duduki sehingga kini tiada bantuan dan sebagainya... ada seorang yang bertanya padanya.. nenek tak ne ke duduk rumah kebajikan...tahukan apa reaksi si nenek tadi ?? dia tak sanggup untuk terus tinggal dirumah kebajikan itu dan hanya mampu bertahan 2 hari sahaja sebelum melarikan diri... ! ~

Bayangkan...dia memang benar-benar tidak mahu tinggal di sana... apa la nasib dia... sangat sedih tatkala meninggalkan tempat tuuu tadi...yang tinggal kini hanya bayang-bayang nenek tuu diminda... moga Allah sentiasa melindunginya.. In Shaa Allah... ! ~

* Perjalanan hari ne sangat-sangat memberi erti pada diri dan juga ingatan buat diri yang mudah lupa juga lalai...segala yang dilihat dicapai digengam x semestinya akan menjadi milik kita selamanya.. berdoa, berusaha dan bertawakal la kepada yang Maha Esa.. In Shaa Allah.. ~ :)



Terima Kasih daun keladi, lain kali singgah laa baca story morry lagi.. ~
The Big Boss



As Salam n hello Chingu,
I'm Yaya ANS, 25 March 1993 ,
Sweet 20 n from Taiping, Perak..
Berusaha, Berjaya dan terus berbahagia
bersama impian dan cita-cita diri ini !

Find Us :

♥ Maaf, Saya sedang busy dengan tugas baharu sbg seorg pekerja yg ohsem ! Tinggalkan Note di Chat yea hihi ♥ !! ~

Let's Talk !









Appreciation


The Skin By : Mrs Af
Edited : Yaya ANS
Best Partner: Sue Suhada
Best Partner: Eyja Joe
Best Partner: Sue Suhada 2
Best Partner: Syafinah
Best Partner: Nisa

All rights reserved ® SITI ROHAYA FITRI.