♥ Silent Blogger ♥

★ ★ ★ ★ ★
Friday 26 October 2012 10:25 am 0 Comment Laa ♥

As salam uolss..Jom terjah entry saya.. ~

  Sahabat vs Kawan lagiiii...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh..

Alhamdulillah, sekali lagi saya panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih mampu untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan pembaca yang setia dan tegar..dengan kemahiran menulis yang saya miliki..saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai sahabat vs kawan..

Orang bijaksana ada mengatakan,yang " berkawan biar beribu, bercinta biar satu " . Ia..merupakan satu bait kata-kata untuk menunjukkan bahawa berkawan itu sangat penting..tapi, yang menjadi persoalannya kini samakah antara sahabat dan kawan ?? sahabat dan kawan adalah dua makan yang berbeza jika kita melihat dari beberapa perspektif.... jika dibandingkan dengan kawan..kita memiliki ramai kawan dan teman-teman yang sentiasa kita bersua muka.. tapi, ia tidak pernah sama dengan seorang yang dinamakan sahabat !

Sahabat ialah seorang yang memiliki contoh teladan yang baik untuk sahabatnya jua.. dengan memiliki akhlak dan perbadi yang mulia.. dia yang dinamakan sahabat akan disanjung dan dihargai.. sahabat bukan dinilai pada nama..pada kedudukan..pada harta..atau sebagainya.. ia hanya dinilai dan ditafsirkan dari hati yang tulus dan suci lahir dari peribadi dan didikan agama yang sempurna...

Sahabat tidak pernah sesekali menyusahkan sahabatnya yang lain.. dia akan cuba untuk mengelakkan diri dari menyakiti sahabatnya yang lain.. selain itu, disaat sahabatnya dalam kesusahan.. dia adalah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan.. membantu tanpa rasa berat.. membantu seikhlas hati.. membantu dalam apa jua cara yang mampu dia lakukan bagi memudahkan urusan sahabatnya yang dalam kesusahan..

Sahabat juga akan sentiasa menghargai kehadiran sahabatnya yang lain.. menghargai tidak semestinya secara terang-terangan.. ia juga boleh terjadi secara sembunyi atau dari hati ke hati.. maksudnya adalah seperti melakukan sesuatu yang membuatkan sahabatnya dapat merasakan yang dirinya dihargai oleh sahabat tersebut.. kadang kala, ia juga boleh terjadi secara lisan.. seperti luahan perasaan yang mengatakan " saya sangat menghargai kehadiran kamu " . terdapat banyak cara yang lain membuatkan kita rasa dihargai oleh seorang yang dinamakn sahabat itu.. :)

Jika anda telah memiliki seorang yang dinamakan SAHABAT, maka.. hargailah kehadirannya.. kerana ia sangat-sangat berharga.. dirinya ibarat permata yang kita cari didalam serpihan kaca.. bukan mudah untuk mendapatkannya.. dan bukan mudah jua untuk meninggalkannya...

* Buat sahabatku.. hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui tentang dirimu.. ku berharap semoga ikatan persahabatan kita ini akan sentiasa berkekalan dunia dan akhirat... Moga kita bertemu lagi di akhirat kelak.. di syurga Allah ditaman firdausi.. InsyaAllah... Aamiin Ya Allah.. terima kasih buat sahabatku yang telah menghargai kehadiran saya...



Terima Kasih daun keladi, lain kali singgah laa baca story morry lagi.. ~
The Big Boss



As Salam n hello Chingu,
I'm Yaya ANS, 25 March 1993 ,
Sweet 20 n from Taiping, Perak..
Berusaha, Berjaya dan terus berbahagia
bersama impian dan cita-cita diri ini !

Find Us :

♥ Maaf, Saya sedang busy dengan tugas baharu sbg seorg pekerja yg ohsem ! Tinggalkan Note di Chat yea hihi ♥ !! ~

Let's Talk !









Appreciation


The Skin By : Mrs Af
Edited : Yaya ANS
Best Partner: Sue Suhada
Best Partner: Eyja Joe
Best Partner: Sue Suhada 2
Best Partner: Syafinah
Best Partner: Nisa

All rights reserved ® SITI ROHAYA FITRI.