♥ Silent Blogger ♥

★ ★ ★ ★ ★
Thursday 1 November 2012 10:35 am 0 Comment Laa ♥

As salam uolss..Jom terjah entry saya.. ~

Tak sangka Tak Jangka.. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih mengizinkan saya untuk bernafas hari ini..memang tak dinafikan lagi yang saat neh hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui bertapa letih dan mengantuknya saya setelah semalaman berjaga dan hampir pukul 5 pagi baru saya lelapkan mata dek kerana satu peristiwa yang mengejutkan.. MasyaAllah... alhamdulillah, saya menghadapinya dengan tenang saat itu walaupun kadang kalanya hati ini terasa berdebar-debar..

Peribahasa melayu ada mengatakan yang " Jangan disangka air yang tenang tiada buaya ". Setenang-tenang air itu, jangan disangka ia tak akan berkocak kerana sesuatu.. jika telah ditakdirkan berlaku sesuatu yang tak diduga..kita harus bersedia menghadapinya walau apa jua keadaan sekalipun..kuatkan hati tabahkan diri mantapkan iman..IsnyaAllah..kita selamat...

kadang kala kita tak jangka..kita juga tidak mengetahui yang sebenarnya disekeliling kita masih wujud makhluk Allah yang lain....pernah tak kita memikirkan tentang mereka seketika ??? percayakah kita dengan kehadiran mereka yang tidak dijangka itu ??? Kadang kala kita alpa dengan kelalaian dunia yang sementara ini..kita sewenang-wenangnya memperkatakan tentang sesuatu yang kita tidak pasti betul atau tidak, terlalu bersuka ria, terlalu mengikut emosi sehingga memberi kesan kepada diri sendiri..sekuat-kuat diri kita, akan lemah jua akhirnya.. tapi apa yang perlu saya katakan adalah kita harus bersedia dan sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekali pun..

Suatu peristiwa yang benar-benar membuka mata hati saya adalah berkaitan " Histeria ". Sejauh manakah pengetahuan kita tentang perkara itu ??? adakah kita salah seorang dari mangsa histeria itu ?? dan berapa kerapkah perkara itu berlaku ?? Sungguh, perkara seperti itu, tak pernah kita jangka akan berlaku.. sampai saatnya..ia pasti berlaku..apa yang pasti saat ini adalah kita perlu sentiasa kuatkan hati dan tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah..dan jangan sesekali kita lemah dengan setiap ujian dan dugaan dari Allah..

Bukan mudah untuk kita terima apa yang berlaku..namun..ia adalah satu daripada lumrah dalam kehidupan kita yang kadang kalanya kita tak sedar kita sendiri telah melampaui batas..atau maksud saya disini adalah kita terlalu asyik melakukan sesuatu yang kita sendiri tak sangka memakan diri kita sendiri..dengan keasyikan kita berseronok dengan sesuatu perkara dan menghamburkan kata-kata kesat membuatkan sesiapa sahaja disekeliling kita tidak senang dengan perlakuan kita yang sebegitu..oleh itu, pesan saya adalah kita harusn la berhati-hati saat kita melakukan sesuatu atau berkata sesuatu kerana ia akan memberi kesan kepada kita pada masa akan datang..ia akan terus menghantui hidup kita..atau mungkin juga menjadi sebahagian dari hidup kita... Wallahu'alam..

* Jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan sesuatu yang kita tidak undang.. berhati-hati lah.. dan mantapkan diri dengan melakukan sesuatu yang mendekatakan diri kita kepada Allah.. sesungguhnya, hanya Allah tempat kita bergantung.. InsyaAllah, dengan-Nya kita akan dilindungi di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah... (^__~)..... As salam....






Terima Kasih daun keladi, lain kali singgah laa baca story morry lagi.. ~
The Big Boss



As Salam n hello Chingu,
I'm Yaya ANS, 25 March 1993 ,
Sweet 20 n from Taiping, Perak..
Berusaha, Berjaya dan terus berbahagia
bersama impian dan cita-cita diri ini !

Find Us :

♥ Maaf, Saya sedang busy dengan tugas baharu sbg seorg pekerja yg ohsem ! Tinggalkan Note di Chat yea hihi ♥ !! ~

Let's Talk !









Appreciation


The Skin By : Mrs Af
Edited : Yaya ANS
Best Partner: Sue Suhada
Best Partner: Eyja Joe
Best Partner: Sue Suhada 2
Best Partner: Syafinah
Best Partner: Nisa

All rights reserved ® SITI ROHAYA FITRI.